0

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya sangat dekat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kononnya Guan Eng tak bersalah dan tindakan yang diambil terhadapnya seperti disengajakan.

Apa agaknya yang cuba disampaikan oleh Anwar melalui tirai besi tu?? Nak cakap yang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja nak tangkap Guan Eng ke?? Atau nak kata yang tindakan Setiausaha Agung DAP tu makan rasuah adalah tindakan yang betul.

Bukan tu je... Anwar turut berkata selepas ini pasti lebih ramai tokoh politik termasuklah para bekas pemimpin UMNO dan BN bakal ditahan dan didakwa dengan sengaja. Tindakan sengaja itu disifatkan sebagai "keji dan bersifat politik".

Nak tuduh UMNO dan Perdana Menteri sengaja buat macam tu sebab nak menggugat pembangkang la konon. Atau Anwar sengaja pusing fakta sebab nak lindung kejahatan yang dilakukan sahabat karibnya tu.

"Berdasarkan siasatan dan pendakwaan sehingga kini, saya yakin serangan-serangan seperti ini tidak akan berhenti dengan Lim Guan Eng saja, tetapi akan diperluas kepada pimpinan lain, malah mungkin juga dari kalangan bekas pimpinan Umno - BN yang bangkit untuk berjuang demi menyelamatkan Malaysia," katanya.

Tambah Anwar, dia sendiri terkejut dengan penahanan kawannya tu. Kenapa?? Sebab tak jangka yang Guan Eng bakal kantoi main rasuah ke?? Konon kena tahan demi tegakkan keadilan la sangat.

Keadilan apanya kalau semua tindakan Guan Eng yang menjerumus kepada penahanan SPRM itu hanya berkaitan dengan dirinya dan keluarga sahaja. Guan Eng beli banglo tu untuk rakyat semua ke?? Tak kan! Haaa jadi apa motif Anwar kata tangkapan itu disengajakan?!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top