0

Alhamdullillah...... Penyanyi dangdut Herman Tino yang dahulu menentang Umno kini mulai sedar bahawa tindakannya dahulu tidak memberi apa-apa makna kepada dirinya dan kini kembali menyertai Umno.

Baru tahu erti penyesalan kan.... Masa mula-mula dulu, orang cakap jangan keluar dan jangan lawan dengan Barisan Nasional/Umno... Degil!! Nak tunjuk besar kepala juga... Macam diri tu dah cukup bagus... Last-last masuk bertanding pilihan raya apa pun tak dapatkan.

Herman Tino yang dipecat daripada parti selepas bertanding atas tiket bebas, semalam telah mengumumkan pulangannya ke pangkuan parti sambil memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.

Menurut Herman Tino, beliau menyesali dan tidak mahu mengingat kembali kisah lamanya itu, serta berjanji akan berjuang membantu Umno untuk terus kekal sebagai parti pemerintah di negara ini.

"saya sedar adalah satu kesilapan apabila bertanding atas tiket bebas menentang Umno. Saya tidak mahu ingat lagi kisah lama dan berjanji akan pandang ke hadapan membantu Umno seperti lirik dalam lagu saya 'mengapa dikenang mengapa difikir'," kata Herman Tino.

Bila Herman Tino dah memaklumkan beliau menyesal dengan tindakannya pada satu ketika dahulu.... Andy tiba-tiba terbayangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang lantang menentang Umno sehingga dipecat dari parti baru-baru ini.

Andy jadi tertanya, tak mahukan Muhyiddin dan Mukhirz menjadikan Herman Tino ini sebagai contoh?? Minta maaf kepada Umno dan kembali ke pangkuan parti.... Kes Herman Tino ni pun lebih kurang macam Muhyiddin dan Mukhriz jugak... Cuma tak berapa lantang jer!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top