0

Program terbitan Astro ‘Lepaknil’ yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil antara satu program yang mendapat sambutan ramai..

Program ini bertemakan lepak dan santai bersama Pak Nil, dan menjemput artis-artis tempatan untuk lepak bersama Pak Nil.. Sepanjang lepak bersama Pak Nil sambil makan-makan artis jemputan akan di tanya soalan panas oleh Pak Nil..

Jumaat malam ini pada pukul 930 malam program ini akan bersiaran dan artis jemputan ada Rita Rudaini.. Sepanjang program itu Rita turut sama membawa dua orang anak lelakinya hasil pernikahan dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan..

Semasa pengambaran program itu Pak Nil dah minta anak sulung Rita yang dikenali sebagai Rayyan untuk membaca ayat suci Al-Quran.. Disebabkan dah pandai membaca ayat Al-quran dan menghafal dengan baik sekali..

Pak Nil dah memuji Rita sebab pandai dalam mendidik anak-anaknya ilmu agama.. Walaupun bergelar ibu tunggal tak bermakna tak boleh nak mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang cukup..

Rata-rata peminat pun kagum tengok anak Rita lancar dalam menghafal ayat suci al-Quran.. Sejuk perut ibu yang mengandung dapat anak macam Rayyan, tak silap Miss A Rita memang dah mengupah seorang ustaz untuk mengajar Rayyan mengaji dan mendalami agama..

Mungkin lepas ni Rita pula boleh upah seorang ustazah untuk ajar Rita mendalami agama.. Takkan anak saja didik ilmu agama, maknya keluar tak pakai tudung.. hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top