0


Menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga memang satu perkara yang sangat di nanti-nantikan oleh semua orang.. Kalau masih mempunyai keluarga ke mana lagi uolls semua nak tuju untuk pulang beraya kalau bukan balik kampung bertemu keluarga tercinta..

Kalau masih mempunyai keluarga tapi setiap kali sambut Aidilfitri seorang diri mesti terselit di hati rasa sunyi kan? Sementara ibu dan ayah masih hidup dan masih mempunyai adik-beradik.. Di bulan yang mulia ini ambillah kesempatan untuk sambut syawal bersama-sama..

Tapi, Miss A agak pelik dengan status yang di muatnaik oleh artis kontroversi Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA.. Beberapa jam yang lalu Azwan dah memuatnaik status mendedahkan pada pengikut di hari raya Aidilfitri ini dia akan beraya seorang diri..

Tak silap Miss A Azwan masih lagi mempunyai keluarga dan adik-beradik.. Kenapa nak menyambut Aidilfitri seorang diri? Status Azwan menggambarkan dirinya hidup sebatang kara di bumi Allah ini..

Azwan sambut Aidilfitri seorang diri sebab dah di buang keluarga? Azwan sifatkan ‘ex keluarganya’ tak muhasabah diri.. Malah Azwan dah ‘di ludah dan di buang jauh’? Tapi, Azwan tak rasa sedih, baginya tuhan sebagai tempat mengadu..

Walaupun tak dapat beraya bersama keluarga Azwan tak akan rasa menyesal malah lebih rasa sejuta hikmat.. Setiap perkara buruk orang dah lakukan pada dirinya hanya boleh dibuat atas dunia..

Tapi, di alam kubur dan di padang masyhar segala-galanya diketahui oleh Allah.. Apa yang dah dilakukan oleh keluarga Azwan Miss A tak pasti.. Tapi, perlu ke sampai nak bermusuhan sebegini rupa?

Keluarga tak akan saja-saja nak buang dari keluarga kalau tak buat benda-benda pelik.. Mohon maaf pada ibu dan ayah kalau masih hidup.. Jangan nanti dah mati baru nak mohon maaf dah terlambat, pergi umrah berapa kali pun kalau anak tak taat ibu bapa tak ada guna.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top