0

Nampak sangat yang keturunan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ni memang spesis kedekut semuanya... dari anak sampai la ke bapak! Semua tak boleh pakai... apa yang peliknya rumah banglo yang berharga RM2.8 juta dan kereta mewah berjuta-juta mampu pulak Guan Eng beli.

Tapi kelakar bila wang ikat jamin Guan Eng yang hanya berjumlah RM1 juta dorang tak boleh nak bayar pulak. Bapanya, Lim Kit Siang pun kedekut nak mampos! Sanggup kutip derma rakyat daripada guna duit sendiri, eshhh kedekut tahi hidung masin!

MCA dan Gerakan  tak puas hati dengan cara DAP yang ambil jalan mudah apabila mengadakan kempen  kutipan derma DAP untuk mengumpul dana RM1 juta bagi membayar ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

Raih simpati la kononnya padahal kalau nak diikutkan mampu je kaum kerabat dorang nak bayar wang ikat jamin tu. Sebaliknya dorang ambil jalan mudah... Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata DAP langsung tak bertanggungjawab.

Malah tindakan DAP itu langsung tak wajar dan sangat keterlaluan... sebenarnya dorang mampu je bayar sendiri dan wang ikat jamin tu tanggungjawab keluarga Guan Eng dan bukannya tanggungjawab rakyat.

Habis siapa yang makan rasuah dan buat salah?? Guan Eng ke rakyat?? Ni rakyat pulak yang nak kena tanggung semua tu... jimat banyak la keluarga Guan Eng sebab tak perlu keluarkan duit untuk ikat jamin.

Nampak sangat yang kaum kerabat Guan Eng ni pentingkan perut mereka sendiri je... hakikatnya mereka juga yang kaya raya. Guan Eng yang buat salah tapi lempar tahi kat rakyat.... bila susah tahu pulak nak merayu pada rakyat.

“Kes ini berkaitan rasuah dalam pembelian hartanah peribadi dan penyelewengan kuasa Guan Eng. Tindakan mengheret seluruh anggota DAP dalam isu ini menunjukkan beliau seorang pemimpin yang mementingkan diri.

“Guan Eng sanggup menggadaikan imej parti sendiri untuk agenda peribadi. Bahkan, salah guna dana parti untuk kempen RM1 juta ini adalah muslihat Guan Eng untuk membangkitkan kemarahan rakyat yang tidak bersalah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berpendapat DAP sengaja buat kutipan derma tu bagi meraih simpati dan nak buat-buat kesian depan rakyat. Konon Guan Eng jadi mangsa kekejaman la padahal korang buta yang Guan Eng ni kaki makan rasuah.

“Itu nyata satu kempen politik yang bertujuan untuk memainkan emosi rakyat, mengalihkan fokus kes mahkamah yang membabitkan tuduhan rasuah Lim Guan Eng dan seterusnya mahu rakyat menjadi hakim yang menentukan Lim Guan Eng tidak bersalah,” katanya.

Korang fikir balik bagaimana kalau wang derma yang dorang kutip dan menjadi wang jaminan terhadap Guan Eng tu dikembalikan... Nak ke dorang bagi balik kat korang?? Atau masuk poket dorang je??

“Saya rasa ini tidak wajar kerana ini adalah kes peribadi Guan Eng. Apa yang akan berlaku kepada duit tersebut apabila wang jaminan dikembalikan. Adakah ia akan dikembalikan kepada pihak penderma?” soal Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Guan Eng dengan seorang penjamin. Manakala, ahli pernigaan Phang Li Khoon yang turut dituduh bersama Gaun Eng pula dikenakan jaminan RM200,000.

Semalam, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata sebanyak RM1,009,000 berjaya dikutip sejak kempen derma awam itu dilancarkan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top