0

PAS yang masih membujang ketika ini telah mendapat perhatian dari penganalisis politik yang kurang berkenan dengan cara berpolitik PAS yang mahu bergerak secara sendirian. Mungkin, ini adalah strategi terbaru parti islam tersebut untuk memperlihatkan politik matang yang ditekankan oleh pucuk pimpinan PAS.

Walaupun PAS bebas bergerak sendiri, tapi peluang mereka untuk berpengaruh terutamanya di Selangor akan terbatas kerana hubungan PAS bersama pakatan harapan sudah lama terputus.

" Pengaruh Pas di Selangor terbatas. Jika Pas tidak bersama Pakatan Harapan atau bersendirian pada PRU akan datang, mereka mungkin akan ditolak rakyat dan tiada dalam Kerajaan Selangor pada masa akan datang ", kata Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

Peluang PAS untuk menempuh PRU kelihatan sukar kerana tiada sokongan sekutu seperti PAN mendapat sokongan  dari PH. Kekurangan PAS akan terselah jika masih berdegil untuk bersendirian, mungkin undi PAS juga akan berpecah kepada dua, dengan kehadiran PAN.

Mungkin juga, PAS turut di dalam dilema menjelang PRU akan datang kerana mereka tiada kekuatan lain untuk membantu dari segi jentera berkempen. Malah hanya mengharapkan ahli parti untuk mengerakan parti.

Sebelum ini, ura-ura mengatakan PAS semakin mesra bersama Umno. Namun, PAS menyangkal hubungan itu akan menjadikan PAS dan Umno/BN bersama. Tidak mustahil untuk PAS kembali bersama Umno kerana PAS juga tiada harapan untuk menang mana-mana pilihan raya jika terus bersendirian.

Selain itu, gabungan ini akan mencetuskan peluang yang baik diantara kedua-dua parti. Sebelum ini Presiden PAS juga telah menyatakan PAS tidak ingin memerintah tapi hanya mahu mengambil peranan sebagai penasihat kerajaan.

Hal ini, akan menjadikan kerajaan BN lebih kukuh, kerana gabungan bersama PAS bakal  menjadi gabungan yang mantap kerana  hasil gabungan ini dapat menyatukan kerajaan dan politik melayu Islam.

Jika PAS masih berdegil, mungkin parti islam tersebut akan terkubur, kerana tidak mendapat sokongan dan undian  daripada rakyat dalam mana-mana pilihan raya. Sebab tu parti yang bergerak sendirian sukar untuk menapak di dalam pentas politik. -HanezDot/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top