1

Hidup ni perlu sentiasa buat baik dengan orang lain, barulah hidup kita aman damai tanpa sebarang masalah.. Yela, kalau asyik dok cari gaduh dengan orang jer, macam mana nak aman hidup tu.. Macam tu jugak kalau hidup berjiran, perlu saling hormat-menghormati dan bertolak ansur..

Hidup berjiran ni banyak kebaikannya, betul tak?? Boleh korang tambah kenalan, saling membantu bila saat memerlukan dan banyak lah lagi.. Tapi kalau korang buat sombong dan suka cari gaduh dengan jiran.., suatu hari kalau ditimpa kesusahan tapi tak ada orang datang menolong tu, jangan tanya lah kenapa yer..

Dah korang sendiri cari pasal! Macam masalah wanita kat atas tu, dia just minta jirannya alihkan kasut tu sebab tak nak mencacatkan pemandangan ketika menyambut hari raya nanti.. Tapi itu lah bila dapat jenis jiran mulut puaka punya orang, habis ‘disembur’ dengan tak ada adab langsung!

Inilah sikap jiran yang mementingkan diri, diminta dengan cara baik tapi dibalas dengan tak ada adab! Saja nak mencetuskan peperangan disebabkan hal remeh temeh macam tu.. Miss pun tak faham lah dengan sikap jiran macam tu, macam susah sangat nak alihkan kasut tu..

Padahal permintaan tu mudah jer, alihkan jer lah.. Itu pun susah nak nak bekerjasama! Kalau tak tahu adab berjiran tu, baik jiran wanita tu pindah dan cari rumah yang jauh dari orang lain.. Boleh lah dia melakukan apa yang dia suka, tak ada siapa nak menghalang dan mengganggu dia lagi! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

  1. Dah sama taraf dengan berok2. Berok mana tahu bawak berbincang.

    ReplyDelete

 
Top