0

Budak-budak sekarang dengan budak zaman dulu, jauh bezanya.. Budak dulu kebiasaannya menghabiskan masa dorang bersama kawan-kawan bermain permainan tradisional.. Budak sekarang kalau tanya permainan trandisional pun entah tahu ke tidak yer??

Maklumlah dorang hidup dalam kehidupan yang serba moden dan dimanja-manjakan dengan pelbagai kecanggihan teknologi yang ada.. Masing-masing pun dah ada samartphone sendiri, mana nak layan main permainan trandisional lagi..

Nak main pun, dalam handphone tu dah ada macam-macam.. Cuma perlu muat turun jer, betul tak?? Lagi satu, dorang pun dah pandai main media sosial yang sedia ada sekarang ni..

Sikit-sikit muat naik gambar dan status kat laman sosial, tu sebab berlambak gambar dan status tak matang yang bikin berbulu mata jer bila baca.. Bila ada pasangan, siap letak status ‘in relationship’ bagai..

Macam budak lelaki kat atas tu, kononnya nak beritahu dia sekarang dah ada teman istimewa.. Malangnya tu, dia kantoi bila mak budak perempuan tu muncul memberi komen pasal ‘relationship’ dia dengan anaknya..

Tergelak besar Miss baca, lepas kena tu terus diam jer.. Tak balas dah komen mak gadis tu.. Itulah.., sekolah pun belum habis lagi, dah pandai nak bercinta.. Sekali mak gadis muncul bagi teguran, terus kecut.. Hahaha..

Miss nak nasihatkan lah adik-adik kat luar sana tu, tumpu perhatian kepada pelajaran dulu lagi baik daripada terjebak dengan benda melalai macam tu.. Buat mak dan bapak korang bangga dengan korang..

Bila dah ada kerjaya dan mampu nak jaga anak dara orang nanti, masa tu barulah fikirkan nak bercinta atau kahwin yer! Kalau takat sekolah rendah lagi tu, baik simpan dulu perasaan cinta tu.. Tak bawa kemana pun! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top