0

Seorang lelaki dari Xiamen, Beijing dikatakan baru menyedari terdapat sisa kayu penyepit terbenam di dalam lengannya selama lebih sebulan selepas digunakan untuk cuba membuka botol bir.. Sisa yang tertinggal tu pun, boleh tahan panjangnya jugak..

Cer korang lihat gambar di atas tu, itulah sisa kayu yang tertinggal dalam lengan lelaki yang dikenali sebagai Zeng tu.. Zheng dikatakan cedera secara tidak sengaja masa keluar minum bersama kawan-kawannya apabila lengannya tertusuk kayu penyepit..

Masa tu pulak Zheng dalam keadaan otak pun tak boleh berfungsi dengan waras kerana mabuk, dia mengeluarkan sebahagian kayu penyepit berkenaan dari lengannya tanpa menyedari sebahagian kayu tu tertinggal di dalam..

Kemudiannya, Zeng mencuci lukanya dan menganggap tiada masalah lah lepas keluarkan penyepit tu.. Tapi selepas beberapa hari lengannya mula membengkak dan bernanah.. Bila dah teruk tu, Zheng pun apalagi kalut lah pergi mendapatkan rawatan di hospital..

Doktor yang memeriksanya pun terkejut apabila mendapati serpihan kayu penyepit sepanjang lapan sentimeter baik punya terbenam di dalam lengannya..

Memang tak tak menghairankan lah bila bengkak sampai bernanah tu, betul tak?? Walaupun sisa kayu tertinggal, beri kesan teruk juga.. Itu sebab lah janga ambik mudah kalau terkena macam tu yer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top