0

Nampaknya, DAP masih lagi dalam dilema kerana pemimpin mereka, Guan Eng, telah disabitkan dengan tuduhan rasuah. Namun, mereka seolah-olah tidak menghormati undang-undang, malah melibatkan parti dalam masalah peribadi pemimpinnya.

Walaupun sudah diketahui umum mengenai isu rasuah Guan Eng, tapi ahli DAP tetap tidak mahu Guan Eng melepaskan jawatannya atau bercuti sementara kes ini sedang disiasat. Sepatutnya, bila pemimpin sudah didakwa oleh mahkamah, maka secara sahnya jawatan mereka itu digantung.

“Sebab kita kata jangan campur masalah peribadi dengan parti. Pembangkang cakap lain, mana maruah dia? Bila kamu dah kena, tak mahu letak jawatan," kata TS Noh Omar

 Mungkin, DAP tidak perlu nak meroyan untuk pertahankan kedudukan pemimpinnya kerana ia akan memberi kesan terhadap parti jika terus terlibat dalam  masalah peribadi pemimpin. Mungkin juga, DAP harus melihat pendekatan Umno keatas pemimpin yang didakwa seperti ini, mereka sama sekali tidak meroyan dan biarkan undang-undang yang menentukan.

Jika isu yang dikaitkan tidak berasas, pemimpin Umno bebas untuk kembali kepada jawatan asalnya. Mungkin pembangkang juga perlu bersikap rasional seperti ini kerana DAP dilihat porak peranda setelah pemimpin mereka diheret ke mahkamah.

Boleh jadi, ahli DAP merasakan pemimpin mereka seperti malaikat yang suci sampaikan tiada undang-undang yang boleh menyentuh mereka. Hanya pemimpin BN saja yang boleh diperlakukan seperti itu.

Mungkin juga, mereka rasa lebih hebat sampaikan undang-undang juga sudah dibelakangkan, tapi bila giliran pemimpin BN mereka yang sibuk mengesa untuk dikenakan tindakan undang-undang. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top