0



Pada uolls semua yang masih tak tahu, sebenarnya memang ramai artis tempatan yang dah berangkat mengerjakan umrah di sepuluh malam terakhir Ramadhan di Mekah.. Salah seorangnya adalah pengasas produk kecantikan Dato Seri Vida..

Dato Vida dah hampir seminggu berada di tanah suci Mekah, sepanjang berada di sana.. Banyak gambar yang dah dikongsikan oleh Dato Vida, seperti semua sedia maklum.. Semua umat beragama Islam pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah dan melakukan ibadah di rumah Allah..

Tapi, sepanjang berada di sana Dato Vida selalu kongsikan gambar shopping sakan.. Kalau siapa yang pernah berkunjung ke Mekah.. Di sana memang banyak tempat untuk membeli-belah..

Dato Vida dah kongsikan gambar membeli emas, tak pasti berapa banyak emas yang Dato Vida dah borong.. Emas yang dibeli oleh Dato Vida sebenarnya untuk dijual semula di kedai emas Dato Vida di Malaysia..

Tak di nafikan memang emas-emas yang dibeli Dato Vida semua cantik-cantik, Miss A yang tengok pun rambang mata.. Maklumlah, wanita dengan perhiasan memang tak dapat di pisahkan.. Tapi, mampu untuk tengok jelah, memang tak mampu rasanya kalau Miss A nak beli..

Kerap kali memuatnaik gambar emas yang cantik-cantik untuk di jual, Dato Vida disoal oleh pengikut Instagram tujuan sebenar menunaikan umrah.. Dah pergi menunaikan umrah tak payah sibuk-sibuk nak shopping..

Siap berniaga lagi emas yang dah beli di sana, di jemput ke rumah Allah untuk memperbanyakkan ibadah.. Dato Vida sepanjang berada di sana sebab terlalu fikir duniawi buatkan peminat takut ibadah Dato Vida dah tersimpang..

Bukan semua orang berpeluang untuk di jemput ke tanah suci.. Tak payah terlalu fikirkan pasal perniagaan sampai niat Dato Vida pergi umrah dah macam nak shopping barang emas dari menunaikan umrah pula Miss A tengok.. Macam-macam hal.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top