0



Kalau uolls ingat lagi beberapa bulan yang lepas Rozita Che Wan pernah dikecam sebab dah pakaikan anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana baju gambar anjing.. Video Aaisyah berjoget dengan pakai baju gambar anjing jadi isu yang cukup hangat..

Terkini, pelakon Eina Azman turut dikecam sebab dah pakaikan dua orang anak kembarnya baju gambar anjing.. Pakaikan baju yang hampir serupa seperti Che Ta pernah pakaikan pada Aaisyah.. Ruangan komen akaun Instagram milik Eina penuh dengan kritik peminat..

Rata-rata dilihat dah meninggalkan komen gambar pada baju yang dipakai oleh anak-anak Eina memang tak sesuai dan menyifatkan banyak gambar lain lagi pada baju yang boleh dipilih tapi kenapa Eina nak beli baju gambar anjing..

Seperti semua umat Islam dah sedia maklum anjing disifatkan sebagai haiwan bertaraf najis mughallazah.. Video yang dimautnaik Eina diambil waktu pelakon itu bersama anak-anaknya keluar shopping di Suria KLCC..

Ramai yang memberi teguran dan ada juga peminat yang membalas komen mempertahankan Eina dan sifatkan itu hanya sekadar gambar sehingga mencetuskan pegaduhan di ruangan komen video..

Sehingga kini, walaupun menerima banyak komen negatif dari peminat.. Eina dilihat tak membalas sebarang kritik dan tetap memuatnaik beberapa video lagi yang menunjukkan dirinya sedang bermain dengan anak-anaknya dengan berpakaian gambar anjing.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top