0

Selfie dari pasangan artis Hollywood  di atas katil memang sudah menjadi kebiasaan di kongsikan di media sosial..

Tapi tak tahu macam mana perkara itu dah mula merebak pada artis tempatan.. Tahun lepas antara pasangan artis yang betul-betul dah buatkan peminat berang bila tengok pasangan bekas pelajar Akademi Fantasia 3 iaitu Yazer dan Ekin Rahman memuatnaik gambar selfie di atas katil..

Gambar yang menunjukkan Yazer tak memakai baju dan pasangan ini masing-masing masih lagi berselubung dengan selimut dan mendapat kritik hebat dari netizen.. Penuh ruangan komen di hujani oleh kritik seperti pasangan ini dah hilang rasa malu pada umum..

Menerima kritk dari netizen, respon Ekin membalas teguran dari peminat memang pedas.. Dah buat salah nak berang bila ditegur, memang Ekin makin teruk kena kecam.. Tak mahu perkara ini terus berlanjutan Ekin tampil minta maaf..

Dah lama mula menyepikan diri Miss A sempat melihat kemas kini terbaru di akaun Instagram milik Yazer.. Kebanyakkan gambar Ekin dah pun tampil berhijab dan menutup aurat di bulan Ramadhan..

Tak di nafikan penampilan Ekin mengenakan hijab menampakkan dirinya lebih manis.. Ada beberapa keping gambar di muatnaik Yazer menunjukkan isteri sedang tidur dengan anaknya Noah tak bertudung..

Tapi, Yazer dah menutupi rambut dan aurat isterinya dengan gambar emoji.. Apapun, kalau betul Ekin dah berhijab Miss A ucapkan tahniah dan akan terus istiqamah dalam mengenakan imej berhijab.. Diharap tak lagi muatnaik selfie yang boleh cetuskan kritik peminat.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top