0

Wanita mana yang tak serik kalau melalui kisah hidup yang terjadi pada Elly Mazlein.. 8 tahun menyulam cinta dan berkasih sayang sebagai seorang kekasih, bila mendirikan rumahtangga.. Tak sampai setahun bahagia yang diimpikan musnah begitu saja..

Bertambah perit di dalam hati bila Elly langsung tak sempat nak sambut ulang tahun perkahwinan buat pertama kali dengan suami.. Elly pula kena terima kenyataan diri dan diceraikan ketika sedang mengandung anak sulung..

Selepas sah bercerai bila selamat melahirkan cahaya mata dan masih dalam tempoh berpantang sekali lagi dilanda badai bila Elly telah didakwa menjadi segala punca berlaku penceraian..

Elly didakwa curang terhadap bekas suaminya menyabebkan bekas suami lafaz cerai pada Elly waktu tengah hamil.. Walaupun serik tapi dah menjadi ibu pada puterinya dah buatkan Elly nak jadi wanita yang kuat..

Menjelang syawal ini, walaupun hati selalu di sakiti oleh banyak pihak.. Elly maklumkan dah pun memaafkan mereka yang pernah sakitkan hati walaupun hati sakit masih ada.. Bila memaafkan orang hati Elly lebih rasa bahagia..

Dah kembali single, Elly akui tak akan terus meratap nasib diri ditinggalkan oleh suami.. Elly akan mula kembali aktif dalam industri seni terima tawaran berlakon untuk mencari sesuap nasi buat keluarganya.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top