0



Sebelum ini, Ezad Lazim pernah dedahkan pada media telah mengalami penurunan berat badan yang mendadak kerana menghidap jangkitan Sinus.. Ezad akan menjalani pembedahan akibat jangkitan itu di sebuah hospital Ampang selepas raya Aidilfitri tak lama lagi..

Sepanjang bulan puasa ini Ezad hanya makan beberapa ubat untuk menahan sakit, Ezad dedahkan kehilangan berat badan yang banyak sebab bila waktu berbuka akan alami muntah dan perut tak boleh terima makanan..

Terkini, Miss A dapat barita dari akaun Facebook milik seorang penyanyi Dangdut iaitu Shikin Dahalan minta semua orang untuk mendoakan kesembuhan Ezad.. Menurut Shikin Ezad telah di tahan hospital kerana mengalami hidrasi yang teruk dan muntah-muntah..

Telah dimasukan air dalam badan Ezad telah pun di benarkan pulang ke rumah dan sedang berehat.. Sebelum ini, Ezad pernah maklumkan setiap kali makan ubat dirinya akan alami muntah-muntah dan tak lalu makan..

Ezad juga maklumkan muntah-muntah adalah simpton yang perlu dilalui oleh seorang pesakit yang menghidap jangkitan Sinus.. Apapun, Miss A doakan Ezad akan kembali pulih seperti sediakala..  MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top