0

Kalau artis bercerai saja mesti timbul isu hak penjagaan anak, siapa yang patut jaga anak.. Bila dah dapat hak penjagaan anak, kalau boleh anak nak disembunyikan terus dari berjumpa ibu atau bapa kandungnya..

Bukan hanya berlaku pada penyanyi rock Awie, nampaknya pelakon Ezany Nizariff pun turut mendedahkan dah hampir dua tahun tak dapat berjumpa dengan anak kandungnya..

Menyambut raya tahun ini, Ezany hanya menyambut raya secara sederhana bersama anak sulungnya Rayyan Harraz.. Manakala anak bongsunya Hayden Harraz dah dibawa lari oleh bekas isterinya sehingga kini tak dapat dipastikan berada di mana..

Mengikut keputusan mahkamah Ezany yang sepatutnya mendapat hak penjagaan anak, tapi bekas isterinya dah bawa lari Hayden dan tak dapat jumpa anak bongsunya tu.. Dah hampir dua tahun tak dapat jumpa anak kandung sendiri, Ezany memang rindu sangat dengan Hayden..

Dah berusaha nak cari anaknya itu, tapi masih lagi tak dapat sebarang tanda kat mana anak bongsunya berada.. Mahkamah dah putuskan isterinya disabitkan nusyuz dan hak penjagaan dua anak diberi pada Ezany..

Tapi, sepanjang kes cerai Ezany dengan bekas isteri di mahkamah, bekas isteri langsung tak pernah datang mahkamah.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top