0

Alaahaiii! Ini gaya bertudung apa pulak ni yer?? Kononnya itu fesyen tudung untuk raya tahun ni, betul ke?? Miss tengok dah macam lilit tuala mandi pulak kat atas kepala tu.. Hihihii.. Macam-macam betul lah gaya idea yang direka-reka, kadang-kadang tu buruk jer dilihat..

Miss tahu lah sekarang fesyen muslimah mendapat sambutan hangat di kalangan kaum Hawa, dah macam-macam fesyen dikeluarkan sampai tak terikut lah.. Yela.., kejap gaya ‘jerung’, kejap turban dan macam-macam lah lagi.. Lagi satu tu, dah memakai tudung tapi masih nak gantung aksesori bagai pulak nak ditayangkan..

Itu sebab lah, sekarang ni kebanyakkannya yang memakai tudung hanya semata-mata untuk mengikuti trend jer.. Bukannya disebabkan wajib untuk menutup aurat, betul tak?? Bila dah bosan memakai tudung, selamba jer membuka dan biar rambut mengembang ditayangkan tanpa peduli dosa lagi..

Nak berfesyen memang tak salah pun tapi korang perlu sentiasa ingat ada batasnya jugak yer.. Jangan terlalu taksub dengan fesyen terkini sampai korang lupa nak menjaga adab berpakaian dengan sempurna untuk menutup aurat pulak!

Gaya yang digayakan tu perlu lah sesuai dengan imej yang ditonjolkan.. Kadang-kadang tu pakai tudung tapi 'benda' lain pulak terserlah ditayangkan untuk tatapan orang ramai.. Jangan biar korang jadi perhatian kerana pemakaian tak senonoh korang yer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top