0

Amboiii haiiih.. Ini anak ke hantu yer?? Lancang betul mulut minah tu dok maki hamun mak dia sendiri kat laman sosial yer.. Pasal baju raya jer pun tapi minah bertudung tu sanggup maki hamun mak dia sendiri sebagai anjing.. Kurang ajar betoiii!

Menyirap darah bila Miss baca dia punya status yang dimuat naik kat laman sosial WeChatnya tu, rasa macam nak sumbat jer cili padi penuh dalam mulut dia! Betul-betul tak ada adab punya anak!

Inilah budak sekarang, anggap mak bapak dorang macam kawan jer! Sesuka hati nak maki hamun tanpa rasa bersalah langsung! Korang baca jer lah status bodohnya tu, macam-macam kata kesat dilemparkan kepada mak dia sendiri..

Dia meroyan dok maki mak dia sebab mak dia keluar pergi shopping baju raya sampai dia kena balik sekolah berjalan kaki.. Bengang lah kononnya, tu terkeluar kata-kata kesat melampau macam tu! Haishhh!

Miss tak tahu lah mana adab dan hormat dia pada dia mak?? Dia tak ingat ke dari mana dia keluar?? Siapa yang membesar dan beri kasih sayang pada dia selama ni?? Tak akan sebab mak dia tak bagi tahu dan bawak dia pergi shopping sampai perlu tunjuk sikap kurang ajar terlampau tu yer?? Akal tu letak mana??

Ingat sikit yer, syurga dibawa telapak kaki ibu! Buatnya mak dia dah tak ada atau dia pergi dulu tapi belum sempat nak minta maaf atas kesalahan yang pernah dilakukan, tak ke tempat anak derhaka di neraka! Nak ke masuk neraka gara-gara tak bawak dia pergi shopping?? Bodoh betoiii!

Lagi satu, hidup ni macam roda jer.. Apa yang kita pernah buat tak kira baik atau buruk, ia akan ‘berputar’ balik.. Contohnya macam minah tu, sekarang ni dia bersikap kurang ajar dengan maknya.. Nanti bila dia ada anak sendiri, jangan terkejut bila anak dia  bersikap kurang ajar lagi teruk dengannya..

Masa tu barulah dia rasa macam mana perasaan seorang ibu bila anak menjadi kurang ajar dengan ibunya sendiri! Itu sebab dalam hidup ni sentiasa perlu buat kebaikan dan saling hormat menghormati.. Baru lah hidup aman damai! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top