1

Bila diri tu perasaan bagus dan ‘hot’, inilah jadinya.. Berkata-kata main bedal dan sedap mulut jer nak perlekeh orang lain sesuka hati.. Jenis mulut longkang punya orang! Korang baca status bangang yang dimuat naik oleh minah senget kat atas tu, biadap betoiii!

Kononnya tu ada seorang lelaki nak mengorat dia tapi kerja kilang jer.. Tak ‘menepati’ ciri-ciri yang dia cari.. Itu pasal dia meroyan memperlekeh orang kerja kilang ni, hah! Katanya, orang kerja kilang ‘low class’ dan macam budak-budak terencat akal!

Amboiii! Bikin panas betul minah senget ni yer! Kalau dia tak nak terima ‘cinta’ dari si lelaki tu, tak payah lah perlekeh orang tu sampai macam tu sekali.. Diri tu bagus sangat ke?? Kalau masih dok bawah ketiak dan minta duit dari mak bapak lagi tu, tak payah lah nak perlekeh orang lain sangat yer! Cermin diri sendiri tu sikit!

Lagi satu, kalau dia mempunyai permintaan tinggi untuk mencari seorang lelaki sekali pun tapi kalau perangai macam hampeh dan tak ada adab.. Tak akan ada seorang lelaki pun akan pandang dia punya lah. Harap pakai tudung tapi perangai buruk betoi!

Tak layak nak dibuat pasangan kalau macam tu! Mentaliti minah tu tahap bawah sekali, tak ada akal punya orang! Siapa cakap kerja kilang tu ‘low class’ yer?? Kerja kilang pun bagus lah daripada terlalu memilih kerja sampai sanggup jadi penganggur bertahun-tahun! Betul tak??

Ingat yer.., kerja lah apa sekali pun, janji kerja tu memberi manfaat kepada kita dan yang penting sekali sumbernya halal.. Jangan sesuka hati nak perlekeh sesuatu kerja tu! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

  1. Aku pun keje kilang gak ..engineer je kat kilang tu.

    ReplyDelete

 
Top