0

Nak kata Malaysia ni tak aman gara-gara Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tak peluk agama Islam... macam keterlaluan sangat statement tu. Namun agak tidak aman negara ini apabila Guan Eng dan Kit Siang tak peluk Islam tapi sibuk dok menghentam dan acah-acah tahu pasal Islam, sehingga tindakan tersebut menimbulkan kekecohan dan tergugat perpaduan.

Setiausaha Agung DAP dan Penasihat DAP baru-baru ini diajak oleh Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman untuk memeluk Islam supaya dorang lebih tahu pasal Islam dan tak silap menilai mengenai Islam.

Apa lagi kontroversi laaa... dah la sebelum ini Mufti Pahang timbulkan kontroversi berhubung istilah kafir harbi. Lepas tu kecoh lagi pasal ajak dua Cina tu peluk Islam demi perpaduan... ehhh macam mahu pulak dorang tu masuk Islam.

Rahman sebelum ini membuat ajakan tersebut bagi menyelamatkan Guan Eng serta Kit Siang di akhirat kelak. Tetapi bukan hak kita untuk memaksa sesuka hati dan menyuruh orang lain memeluk Islam tanpa kerelaan mereka. Cuma kalau dua Cina ni masuk Islam dapat jugak dorang belajar Islam serta perbetulkan salah faham dorang tu demi keamanan negara.

“Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan,” katanya.

Sebelum ini DAP ada berhasrat untuk menubuhkan negara secular dan golongan mereka terlalu taksub menentang Islam... sebab tu la Rahman mendakwa DAP ni tergolong dalam golongan pemikiran kafir harbi dan harus ditentang walaupun bukan dengan cara kekerasan.

“Lawan mereka dengan hujah-hujah dengan cara bijaksana, bukan dengan senapang atau parang.

“Berjuang dengan niat yang murni,” katanya. Tapi susah jugak kalau nak mengajar dua Cina ni. Bak kata pepatah nak meluntur buluh biar dari rebungnya... ni kalau dah jadi buluh keras macam Guan Eng dan Kit Siang memang dah susah dah nak ajar.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top