0

Isu rasuah Guan Eng yang telah digembar gemburkan baru-baru ni telah mendapat perhatian ramai. Kononnya isu ini telah menjatuhkan maruah Lim Kit Siang yang selama ni menjaga reputasinya untuk berjuang dalam DAP demi melawan korupsi.

Akhirnya, reputasi tersebut telah dipijak-pijak oleh anaknya sendiri. Baru padan dengan muka Kit Siang. Sebelum ni dalam apa saja ceramah DAP, pastinya mereka akan melaungkan perjuangan yang kononnya telus dan berintegriti. Tapi sekarang pemimpin mereka sendiri yang tidak telus.

“Secara peribadi saya simpati dengan YB Lim Kit Siang. Puluhan tahun berjuang tanpa skandal apatah lagi salahguna kuasa. Akhirnya?, " kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

DAP pastinya akan hilang modal nak pancing rakyat bagikempen PRU-14 nanti. Sebab tu Guan Eng dan DAP sangat takut hilang  sokongan rakyat disebabkan kes rasuah ini. Kit Siang pun nampaknya tak berdiam diri untuk mengembalikan sokongan penyokong DAP terhadap Guan Eng.

Nampaknya, Kit Siang kena la tebal muka untuk sokong Guan Eng. Walaupun sudah puluhan tahun dia pertahankan kononnya DAP berjuang tanpa skandal dan salah guna kuasa, kali ini terbukti bahawa Kit Siang sendiri tidak pandai untuk mendidik anak.

Walau apapun yang dilakukan, rakyat melihat seolah-olah Kit Siang sendiri pun sudah cakap tak serupa bikin.. Ini kerana anak dia pun perangai macam tu. Jika dalam berkempen, semuanya nampak gah dan suci, tapi hakikatnya mereka lebih  teruk. Macam ni ke nak kata UMNO jahat, habis tu DAP yang terbukti rasuah tu tak jahat ke ?

Mungkin juga, ini adalah petanda kejatuhan anak beranak Kit Siang dalam perjuangan mereka dalam politik. Agaknya, kutipan derma kesian terhadap Guan Eng juga akan menjadi sia-sia kerana nasib Guan Eng dilihat lebih cerah di penjara yang berjirankan Anwar. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top