1

Selepas dituduh dengan salahlaku rasuah didalam pembelian banglo murah di jalan pinhorn, Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng kini cuba untuk meraih simpati rakyat serta merayu sokongan kepadanya.

Sehingga kini, rakyat P.Pinang seolah-olah 'bergembira' dengan tindakan yang dikenakan oleh SPRM kepada Guan Eng. Sebab itulah hanya beberapa ratus orang sahaja yang hadir menunjukkan bantahan di depan bangunan SPRM dan juga Mahkamah Sesyen beberapa hari lalu.

Sedar dengan keadaan tersebut, Guan Eng terpaksa menggunakan Islam untuk mencuri sokongan daripada rakyat bangsa melayu di negeri ini.

Perempuan bertudung serta pakcik berkopiah menjadi 'mangsa' putarbelit Guan Eng dihadapan media. Guan Eng mempergunakan imej perempuan bertudung serta pakcik berkopiah demi kelangsungan hayat politiknya.

“Saya berasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat walaupun mereka (pihak kerajaan) cuba untuk memburuk-burukkan nama saya.

“Mereka (rakyat) nampak pembangunan yang ada di sana (Pulau Pinang) dan juga dapat melihat pelbagai kebajikan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri kepada rakyat di negeri ini

“Ramai rakan-rakan yang bukan ahli hadir memberikan sokongan, mereka sangat beremosi, bila saya berjalan keluar seorang wanita bertudung berteriak memberi kata-kata semangat kepada saya dan menangis.

“Malah saya juga terkejut apabila seorang lelaki berkopiah, dia lihat saya kemudian peluk dan menangis, saya amat terharu,” ujar Setiausaha Agung DAP itu pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.

Selain itu, dalam sidang media yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahannya semalaman di pejabat agensi berkenaan.

“Adakah saya akan lari? Adakah saya tidak akan hadir ke Mahkamah? Itu yang sebenarnya Barisan Nasional mahukan dan saya percaya rakyat sedar ketidakadilan cara penangkapan dilakukan terhadap saya,” tambahnya. - Utaranews.com

Post a Comment

  1. KM PP kata dia tak sepatutnya ditahan dan dituduh mengamalkan rasuah krn kes dia tidak sama dgn kes Khir Toyo.

    Khir Toyo seorg penjawat awam, seorg manusia; sedangkan KM PP asal dari keturunan 'Dogs And Pigs (DAP)'.

    ReplyDelete

 
Top