0

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa atas 2 tuduhan rasuah, terus bermain wayang dengan mengadakan 'walkabout' dan sesi penerangan bersama rakyat berhubung kes dakwaan tersebut.

Agak hairan kenapa selepas didakwa di mahkamah Guan Eng secara tiba-tiba mengadakan walkabout dan sesi penerangan kepada rakyat.... Kenapa sebelum didakwa Guan Eng tidak mengadakan program seperti ini dan menjelaskan kepada orang ramai??

Rasanya, sebelum ini banyak jer pihak yang menggesa Guan Eng untuk menjelaskan mengenai kes ini... Tapi Guan Eng tidak pula mahu menjelaskan kepada orang ramai... Guan Eng hanya mahu menjelaskan kepada orang-orang tertentu saja.

Yang tak tahannya tu.... Bila Guan Eng dah kantoi menyeleweng.... Guan Eng boleh pula ajak para pengamal media ke banglo mewahnya... Konon dengan kehadiran para pengamal media ke banglo mewah tu, dah cukup bukti yang Guan Eng ni tidak bersalah... Orang tak minta Guan Eng buat semua tu, tapi orang minta Guan Eng jelaskan isu ni.

Bila dah tak mahu jelaskan isu ini.... Orang terpaksalah membuat laporan mengatakan terdapa salah laku dalam urusan ini.... Bila laporan dah dibuat, maka siasatan akan dilakukan.... Dan siasatan yang dilakukan menunjukkan berlaku 'sesuatu' dan Guan Eng terpaksa didakwa di mahkamah.

Guan Eng yang mengadakan walkabout dan sesi penerangan ini dipercayai cuba meraih simpati rakyat khususnya rakyat Pulau Pinang... Siapa yang tak kenal dengan Guan Eng... Bila senang, beliau akan terus menzalimi rakyat... Tapi bila dah susah seperti sekarang ini... Guan Eng akan menebalkan mukanya untuk meraih simpati rakyat.

Disebabkan tak mahu rakyat terus tertipu dengan helah licik Guan Eng.... Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman tampil menasihati rakyat supaya tidak terus tertipu dengan kelicikan dan permainan Guan Eng.

Dalam masa sama, Zainal turut menyifatkan tindakan Guan Eng mengadakan 'walkabout' sebagai langkah terdesak oleh Setiausaha Agung DAP itu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah di luar mahkamah.... Sepatutnya Guan Eng perlu membuktikan perkara ini di dalam mahkamah dan bukannya di luar mahkamah!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top