1

Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng bukan sahaja mempergunakan duit rakyat demi kebebasan dirinya sendiri dari tahanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Malah Guan Eng terus menerus memperbodohkan rakyat dengan mengadakan walkabout bersamanya.

Walkabout Guan Eng bersama para penyokongnya atau lebih tepat larian Guan Eng bersama "sejuta" penderma-pendermanya itu sangat menyentuh hati dan perasaan Gomez. Terharu bila tengok rakyat Pulau Pinang terus kena kencing dengan Guan Eng.

Hahaaa... Bulan puasa macam ni bukan orang Cina dan India je yang sanggup berlari dengan Guan Eng... Malah Melayu pun ada jugak! Eshhh kesian la puasa-puasa pun kena buli dengan Guan Eng... nak tunjuk setia pun berpada-pada la.

Paling kelakar ketika ucapan Guan Eng semasa walkabout bersama pendermanya tu... Guan Eng dengan slumbernya memperbodohkan lagi rakyat Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa dia menjadi mangsa kezaliman kerajaan.

Eshhhh langsung tak mengaku yang dia tu makan rasuah haha! Bukan tu je, siap mengaku yang Pulau Pinang selama ini berada dibawah pemerintahan yang bersih dan bebas rasuah. Puihhhhh!! Nak cakap yang diri sendiri tu tak makan rasuah ke?? Konon kes yang didakwa ke atas dirinya tu salah dan tak betul pun.

Elehhhh bersih sangat ke pemerintahan Pulau Pinang Guan Eng tu?? Lebih memalukan dan kelakar sangat apabila Guan Eng masuk bakul angkat sendiri. Katanya  pentadbiran Pulau Pinang bersih sebab pemimpin-pemimpinnya semua bersih.

Angan-angan Guan Eng ialah nak kekalkan pentadbiran yang tak kotor untuk anak-anak cucu dorang nanti.. Kelakar sangat kannn, padahal semua orang tahu apa yang Guan Eng dah buat!

Korang tak perasan ke yang Guan Eng tak payah bersusah payah keluarkan duit untuk ikat jamin dia. Lepas tu dengan hanya ucapan ‘terima kasih’..,  Guan Eng harap itu dapat balas segala jasa penderma-pendermanya tu.. Mudah sungguh hidup dia.

Lagi satu.., punyalah kurang ajar si Guan Eng ni bila dia tergamak ajar rakyat Pulau Pinang untuk melawan pentadbiran kerajaan. Bukan tu je.., Guan Eng turut mengajak para pendermanya untuk bangkit menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Macam tu ke pemimpin yang bersih dan tak kotor??-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Rasuah dah jadi darah daging dia, tu sebab dia rasa tak salah

    ReplyDelete

 
Top