0

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sejak dahulu lagi memang suka sangat dok merayu dan meraih simpati di jalanan... sebab tu la kalau nak cari Guan Eng korang cari je dia kat demonstrasi jalanan ataupun dalam longgokan penunjuk perasaan.

Memang takde port lain dah bagi Guan Eng... muka dia pun memang sesuai sangat untuk berada di jalanan. Sebab tu la DAP suka sangat guna kaedah protes jalanan bagi meraih perhatian dan menerik simpati orang ramai... dorang ikut cara Guan Eng.

Jadi tak hairan la kalau korang nampak Guan Eng tercegat tepi jalan sebab dia nak mohon dan melutut simpati orang ramai berhubung dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada Khamis lalu. Tengok cara DAP kutip derma 1 juta bagi membebaskannya sudah la.

Ada patut buat jelajah dari satu kawasan ke kawasan yang lain demi mengutip derma dan sebarkan cerita sedih pasal Guan Eng... konon modal bagi rakyat derma sebab nak ikat jamin si kaki rasuah tu. Bila sudah dijamin... Guan Eng mula buat drama Korea menerusi penganjuran demonstrasi jalanan anjuran pembangkang di Georgetown baru-baru ini yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Konon dengan meraih simpati di jalanan diharapkan rakyat negeri itu akan terus memberi sokongan kepadanya, jadi tak perlulah dia untuk meletak jawatan atau mengambil cuti sebagai langkah menunggu sehingga kes siasatan terhadapnya selesai.

“Bagaimanapun di sebalik kebimbangan ini, saya tidak akan meletak jawatan atau bercuti,” kata Guan Eng.

Perhimpunan tersebut turut disertai orang kaki meraih simpati di jalanan sama sepertinya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang... Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail... Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar... Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman dan Pre¬siden PAN, Mohamad Sabu.

Spesis muka tak malu ni memang layak mengemis di tepi jalan je sebab tu dorang suka sangat adakan demontrasi dan sebagainya. Sikit-sikit nak tunjuk perasaan... Eshhh macam takde maruah je dok terpekik terlolong tepi jalan tu.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top