1

"Jika Barisan Nasional fikir bahawa mereka boleh memaksa saya melutut dengan tangkapan ini, mereka adalah salah! Saya rela mati berdiri daripada hidup melutut. Negara Malaysia yang bebas, adil dan makmur adalah sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan dalam sidang media selepas dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Amboi Guan Eng... Bukan main lantang lagi lepas diikat jamin ni.... Semalam masa kena tahan dengan pihak Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Ketua Menteri, bukan main kecut lagi tengok muka tu.... Bila dah dibebaskan dengan ikat jamin, dah macam Singa kelaparan pula.

Sudah-sudahlah Guan Eng... Tak payah nak melalak sangatlah.... Tangkapan ni bukan kerja kerajaan Barisan Nasional/Umno... Tangkapan ni dibuat kerana pihak berkuasa dapat bukti yang menampakkan berlaku salah laku dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Lagipun, benda-benda ni semua Guan Eng yang cari pasal sendiri.... Dah tahu diri tu seorang pemimpin, tapi yang gi gatal terima tawaran 'lumayan' dari orang lain tu dah kenapa.... Memang timbul keraguan laa... Kena pula orang yang bagi tawaran tu bukan calang-calang orang... Ada syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri.... Memang kena laa jawabnya.

Bila dah kena.... Mula nak melalak kata ni semua kerja kerajaan... Kerajaan sengaja nak buruk-buruk imej pemimpin pembangkang serta pentadbiran parti pembangkang... Bila dah kata macam tu, dah macam tuduh pihak berkuasa yang menjalankan tugas dorang ni telah 'dibeli' oleh kerajaan.

Betul ke pihak berkuasa ni 'dibeli' oleh kerajaan?? Bukan ker dulu pembangkang juga pernah mengangkat pihak berkuasa ni masa dorang melakukan siasatan terhadap pemimpin kerajaan??? Kalau tak silap, siap bergambar dan membuat solat hajat bersama bagai.

Bila pihak berkuasa ni buat kerja keatas pemimpin pembangkang.... Pemimpin pembangkang mula menuding jari mengatakan ini semua kerja atau arahan dari kerajaan Barisan Nasional/Umno... Andy pun tak faham kenapa dituduh sampai macam tu sekali.

Apa-pun... Kalau Guan Eng memang terbukti tidak bersalah kes ini.... Buktikan saja dalam mahkamah... Jangan buktikan melalui 'salakan sumbang'.... Ia tidak membuktikan apa-apa pun!!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

  1. Kah kah kah sudah berak x mengaku. Nak salahkan orang lain pulak?

    ReplyDelete

 
Top