0



Niat untuk kongsikan bacaan taranum yang telah di ajar arwah nenak penyanyi Hafiz Suip dah menyebabkan penyanyi itu menerima kritikan dari peminatnya.. Hafiz menerusi akaun Instagram dah kongsikan satu video bacaan taranum..

Hafiz kongsikan video bacaan taranum yang di ajar oleh arwah neneknya sebab tiba-tiba terdetik rasa hati rindu pada arwah nenek dan atoknya, Hajah Jasmani binti Mohammad dan Haji Mohd Salleh bin Embai..

Video itu dah mengundang kritikan oleh peminat pada Hafiz yang mendakwa bacaan taranum Hafiz tidak kemas dan sebutan tak betul.. Hafiz di minta untuk membetulkan bacaan dengan berjumpa ustaz..

Ada juga yang sifatkan bacaan taranum Hafiz tak sedap untuk di dengar, tak semerdu bila Hafiz menyanyi.. So, peminat minta Hafiz fokus dalam menjadi penyanyi saja sebab bila taranum suara Hafiz ‘kelaut’..

Tapi, ada antara peminat lain yang bangga bila dengar suara Hafiz bertaranum dan sifatkan Hafiz miliki suara yang merdu bukan sahaja bila menyanyi tapi juga bila membaca ayat suci Al-Quran..

Bila jadi artis ni tak semua orang suka, bila buat baik pun dikritik.. Bila buat benda tak baik lagi akan dicaci maki.. Muatnaik video bacaan taranum pun kena kritik, Miss A dengar okay je taranum Hafiz, tak ada la teruk mana.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top