0

Gomez tak faham la dengan orang-orang yang derma untuk ‘kebebasan’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setelah dia didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 ni.

Guan Eng didakwa kerana membenarkan pengezonan semula sebidang tanah milik syarikat ahli perniagaan Phang Li Khoon, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB); dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli sebidang hartanah di bawah nilai pasaran.

Orang yang derma untuk Guan Eng ni bodoh ke ek?? Ke dorang sebenarnya buta?? Buta dan pekak sebab tak nampak kejahilan yang dilakukan oleh Guan Eng selama ini. Sanggup derma demi ‘kebebasan’ Guan Eng padahal dorang tu lebih pada mampu.

Setakat wang jaminan RM1 juta tu apa la sangat kan... ini tidak! Setiausaha Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan seluruh parti DAP sanggup buat kutipan derma dari sebuah negeri ke negeri semata-mata bagi Guan Eng. Tak malu ke??

Sudahnya tu, walaupun kutipan derma dorang dah cukup RM1 juta tapi penduduk kawasan Puchong tetap mahu sumbangkan RM10 dalam kempen yang dianjurkan oleh DAP tu. Hahaaaa kesian betul rakyat pulak diperbodohkan oleh DAP... last-last dorang jugak yang senang.

“Saya menjelaskan apa yang sepatutnya menjadi hak dan apa yang sepatutnya menjadi salah. Perkara yang betul untuk dilakukan adalah untuk membantu orang yang memerlukan.

“Itu cara saya menjelaskan kepada mereka dan bukannya menggunakan aspek politik.” kata  Lena Ng seorang pereka grafik bebas.

Elehhhh... memerlukan la sangat kan. Ehhh hello Guan Eng tu bukannya miskin pun tau tak! Dia mampu la bayar untuk diri sendiri. Lagipun orang lain pun kena ikat jamin jugak tapi takde la sampai kena kutip derma bagai. Eshhhh sebijik macam pengemis!

Paling memalukan apabila ADUN Kinrara Ng Sze Han dok buat seronok apabila penduduk Puchong kesian dekat Guan Eng dan menderma kepadanya.

Elok la lepas ni tiap kali anggota DAP kena ikat jamin korang minta je derma kan rakyat. Memang rakyat kaya pun nak sara dan tanggung segala salah korang dan tolong ikat jamin.

“Mereka menjemput saya pagi ini untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Guan Eng. Secara peribadi, saya yakin ia sebuah program yang sangat baik untuk menunjukkan sokongan kepada Guan Eng dan menterjemah kemarahan mereka.”

“Hakikat bahawa mereka sanggup meluangkan masa, mencari tempat letak kereta dan berjalan ke sini untuk mendeposit RM10 bermakna bahawa mereka sangat serius menyokong Guan Eng,” katanya.

Khamis lalu, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari melancarkan kempen RM10 untuk mengutip derma ikat jamin Guan Eng yang berjumlah RM1 juta.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top