0

Musim raya bakal menjelang tiba tak lama lagi, jalan raya mula sesak dengan kenderaan yang nak balik ke kampung.. Waktu macam ini uolls semua akan mula nampak ’kelibat’ pemandu kenderaan yang tak bertanggunjawab cuba ambil kesempatan untuk cepat sampai ke destinasi dengan guna lorong kecemasan..

Bukan saja pemandu gunakan lorong kecemasan pentingkan diri, tapi boleh buatkan insan lain yang tak bersalah hilang nyawa.. Lorong kecemasan bukan di sediakan untuk pemandu yang tak sabar nak cepat sampai ke destinasi..

Tapi, di beri keutamaan untuk kenderaan seperti ambulans atau kenderaan yang betul-betul dalam kecemasan.. Isu gunakan lorong kecemasan memang cukup hangat diperkatakan..

Pelawak terkenal Harith Iskander dah mula bersuara dan menyindir beberapa pemandu Malaysia di laman sosial.. Harith memang cukup terkenal sebagai seorang pelawak yang suka bersuara kalau rasa tak puas hati..

Kali ini, menerusi akaun Twitter Harith dah menyindir pemandu yang tak reti nak bagi laluan pada kenderaan kecemasan seperti ambulans.. Kalau uolls semua tengok, waktu ambulans nak minta laluan.. Kebanyakkan pemandu kenderaan tak reti nak bagi laluan pada ambulans..

Tapi, bila ‘bab’ nak potong barisan dalam kesesakan lalu lintas dan gunakan lorong kecemasan.. Pandai pula pemandu kenderaan cuba ‘meloloskan’ diri dari hadap jem.. Memang Miss A setuju dengan tweet Harith ini..hahaha..

Tweet itu dah mendapat perkongsian hampir 700 pengguna.. Ada juga antara peminat Harith harap pelawak itu dapat hasilkan lawak tentang pemandu yang tak bertanggungjawab suka mengambil kesempatan.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top