1

Bekas naib presiden PAS yang pernah menjawat Exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa meramalkan pada pilihanraya umum akan datang Pas pastinya akan tersungkur teruk di Kelantan dan Selangor.

Ini bermakna pemerintahan Pas akan terkubur dan kesemua  15 kerusi negeri yang disandang Pas di Selangor akan turut hilang. Husam membuat kesimpulan tersebut berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu.

Kira-kira tersebut juga menyimpulkan keputusan bahawa peluang Pas untuk menang adalah sangat tipis. Malah kekalahan teruk sebelum ini juga membuktikan PAS tidak lagi berpeluang menang di kerusi campuran dan “marginal” kawasan majoriti Melayu.

“Di Selangor, kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya merujuk kepada Adun Chempaka dan Exco Selangor yang mewakili PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad,

Bukan tu je, ahli Dewan Undangan Negeri popular PAS seperti Dr Abdul Rani Osman (Meru) pun kalah pada pilihan raya kecil tempoh hari. Jadi tak mustahil dia akan turut menerima tempias kekalahan pada pilihan raya akan datang.

Pas akan menempah tiket kekalahan di Kelantan dan Selangor sekiranya mereka masih berkeras dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang keras kepala tu juga pasti akan menyebabkan perubahan hala tuju parti itu.

Tindakan pentingkan diri dan dendam Hadi Awang itu juga telah menyebabkan banyak kepimpinan Pas mula beralih arah dan melu menyokong UMNO selepas muktamar tahun lalu.

Tindakan itu juga menyaksikan kebangkitan puak konservatif menyokong Hadi. Sementara itu Husam juga tak mengaku menjatuhkan Pas Kelantan.

“Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini (Kelantan) tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu,

“Yang menjadi isu sekarang, kerajaan PAS yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa,” ujarnya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Di Kelantan pas akan menang, cuma majoriti kemenangan mungkin berkurang teruk dan bilangan kerusi dimenangi pun berkurang. Tapi masih memerintah Kelantan. Di Sngor, pas mungkin boleh bertahan di dua tiga kerusi saja. Semasa bersendirian dahulu pun, pas memang di kajang dan di sg burung. Soal siapa akan ganti pas? Husam Musa pengkhianat ni perasan pan pengkhianat pas tu ke yg akan ganti? Minta maaf la,,umnobn yg akan ganti. Bukan sekadar pas, pkr dan Pan ug akan kalah lagi teruk slps ini. Pas memecahbelahkan undi pembangkang. Jadi untung buat umno. Tapi jika pas adakan kerjasama dgn umno, pas dan umno akan menang bergaya di merata tempat. Ini yg hussam musa takut sebenarnya.

    ReplyDelete

 
Top