0

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang enggan membuat keputusan untuk bercuti kerana didakwa atas tuduhan rasuah sebagai cakap tak serupa bikin.

Biasalaa tu... Nama pun pemimpin pembangkang... Kena pula pemimpin DAP... Dorang kalau cakap pasal orang lain, memang A++.... Memang nombor satu punya... Siap keluar hadis songsang dorang lagi.... Hahaha

Macam yang berlaku terhadap pemimpin kerajaan... DAP bukan main lantang lagi gesa pemimpin tersebut supaya melepaskan jawatan yang disandang... Siap cakap gesaan ini dibuat bagi melancarkan proses siasatan bagai.... Tapi, bila kena tang batang hidung sendiri... Takda pula nak buat macam tu... Cakap jer lebih, buat takda pun!!

Lain kali, kalau ada kes seperti ini berlaku terhadap mana-mana pemimpin sekalipun.... DAP tak payah nak tunjuk hero sangat macam parti tu bersih sangat... Tengok laa apa yang dah jadi sekarang... Kalau betul DAP parti paling bersih dan suci di negara ini... Desak Guan Eng untuk lepaskan jawatan... Guan Eng dah mengotorkan DAP yang kononnya bersih dan suci tu.

Menurut Tiong Lai, Guan Eng sebelum ini lantang menggesa pemimpin yang didakwa rasuah supaya melepaskan jawatan, tetapi kini beliau yang didakwa atas tuduhan tersebut berat untuk melakukan gesaan yang pernah dibuat sebelum ini.

Oleh itu, Tiong Lai menasihati Guan Eng supaya bertindak lebih bijak dalam sesuatu hal khususnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan ini kerana rakyat sedang memerhati dan menanti keputusan Setiausaha Agung DAP itu.

"Sebagai pemimpin, beliau perlu ada kebijaksanaan itu. Sebelum ini dia minta orang lain letak jawatan dan bercuti. Kini giliran beliau. Rakyat sedang melihat apa yang beliau lakukan," kata Tiong Lai.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top