0

Pas menjelaskan kenapa parti mereka tidak mendesak Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti atau meletak jawatan seperti yang dilakukan mereka terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menggesa Guan Eng bercuti kerana situasi kes antara Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan perdana menteri adalah berbeza.

Iyelaa... Guan Eng kesnya melibatkan rasuah dan pembelian rumah banglo pada harga yang jauh lebih rendah dari pasaran dan  kes itu sudah didakwa di mahkamah. Sebaliknya Najib tidak melibatkan rasuah serta kesnya tidak didakwa di mahkamah.

“Saya baca kenyataan beliau di media. Bagi saya kes Guan Eng dengan perdana menteri berbeza. Haron Din menggesa Guan Eng bercuti kerana beliau dalam perbicaraan dan saya fikir wajar kerana kesnya sedang dibicarakan.

“Ia selaras dengan pandangan parti dan berbeza dengan Najib, beliau masih belum didakwa kerana itu ia satu kedudukan yang berbeza,” katanya.

Tuan Ibrahim dan Harun Din sebelum ini diserang oleh bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  kerana tak puas hati dengan  nasihat Haron Din kepada Guan Eng yang memintanya untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.

Khairuddin turut mempersoalkan kepada mereka tidak melakukan desakan sedemikian dan tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri susulan kes wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki berkata kenyataan Haron itu tidak menunjukkan sebarang “double standard”.

“Sekiranya Najib didakwa di mahkamah seperti yang dihadapi Guan Eng, beliau juga harus bercuti sementara kesnya dibicarakan. Tiada double standard,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top