0

Beberapa jam yang lalu pelakon lelaki  Iqram Dinzly telah memuatnaik satu status serta video menunjukkan dirinya sedang berada dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.. Seperti rakan-rakan artis yang lain, di bulan syawal ini berpusu-pusu untuk balik ke kampung menyambut syawal bersama keluarga..

Tapi, masuk saja musim raya ini rakyat Malaysia memang tak akan terlepas untuk mendapat berita berlakunya kemalangan dalam kesibukan orang ramai untuk balik raya.. Sudah tertulis segalanya oleh Allah, ada antara mangsa kemalangan masih hidup dan ada juga yang telah meninggal dunia..

Iqram dah memuatnaik status menggambarkan dirinya baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalan raya.. “Inilah dinamakan firasat. Ini yang dinamakan kun faya kun . Dan ini juga hampirnya sakaratul maut . Innalillah . #alhamdulillah” tulis Iqram..

Menerusi video yang dimuatnaik Iqram kemalangan itu telah berlaku di highway PLUS Ipoh.. Pelakon itu masih dalam keadaan baik tak berlaku sebarang kecederaan, perkara yang berlaku pada dirinya disifatkan sebagai tanda hampirnya sakaratul maut..

Kenderaan yang dipandu Iqram dah bertembung dengan sebijik lori, lori ‘Gardenia’ yang dok hantar roti.. Keadaan lori tak mengalami kerosakan yang teruk, tapi kenderaan Iqram alami rosak yang teruk..

Kalau tengok dari kerosakan kenderaan Iqram tak sangka pemandu kenderaan masih lagi selamat tak mengalami sebarang kecederaan.. Miss A nak pesan ni, raya memang la raya tapi keselamatan ketika memandu kenderaan di jalan raya perlu di jaga.. Ingatlah orang tersayang.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top