0

Datuk Jackie Chan memang satu nama yang tak perlu untuk diperkenalkan lagi dalam industri perfileman... Walaupun dah menjangkaui usia 62 tahun, Jackie masih mempunyai kekuatan untuk melakonkan aksi-aksi berbahaya..

Dah lama tak muncul dengan filem terbaharu, Jackie dah muncul nak buat promosi filem ‘Skriptrace di Beijing’.. Waktu terlibat dalam penggambaran filem ini ada tersebar berita kematian Jackie..

Tapi, semua hanya khabar angin, Jackie tak mati tapi hanya lalui saat-saat hampir mati waktu lakukan adegan aksi dalam filem ini.. Jackie dah kongsikan pengalaman di mana kejadian berlaku di Guangxi waktu jalani satu babak menaiki rakit..

Walaupun suka melakukan aksi berbahaya, ramai yang tak tahu Jackie bukanlah seorang perenang yang baik.. Waktu menaiki rakit, tiba-tiba arus deras datang dan buatkan pelakon itu terjatuh dari rakit..

Jackie hanya sempat berpaut pada rakit dan berlaku sedikit kelam kabut bila Jackie nampak seperti nak lemas.. Kru tak boleh nak selamatkan Jackie sebab arus deras, tapi Jackie sempat bertahan sehingga arus mula reda baru kru dapat selamatkan pelakon tu..

Kalau Jackie tak dapat bertahan bila ditolak arus deras, mungkin satu dunia akan dapat berita mengejutkan tentang kematian Jackie.. Selalu sangat berlakon aksi bahaya, memang boleh hilang nyawa waktu berlakon.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top