0



Tanpa kita sedar rupanya ada ramai juga artis tempatan yang miliki anak-anak Autism.. Antaranya adalah penyanyi Fynn Jamal dan juga pelakon Zarina Zainuddin, kalau sebut pasal anak autism rasanya netizen mesti lebih banyak dengar cerita tentang anak Fynn yang dikenali sebagai Juna kan?

Kisah hidup Zarina dalam membesarkan dua orang anak kembar autism tak terlalu dihebohkan.. Kalau ikutkan Miss A rasa Zarina lagi besar dugaan yang perlu dilalui.. Tapi, Zarina langsung tak pernah anggap dirinya sebagai pejuang ibu pada anak Autisme seperti dilakukan oleh Fynn..

Disebabkan hal itu juga ramai peminat yang banding-bandingkan Zarina dan Fynn membesarkan anak Autism.. Netizen kebanyakkan lebih kagum dengan Zarina sebab besarkan anak Autism tanpa perlu menjaja buruk anak sendiri..

Jaga dua orang anak Autism berbanding seorang memang Miss A rasa kesukaran menjaga dua orang anak lebih besar dugaan.. Kalau ikuti perkembangan Zarina dan Fynn ni akaun Instagram.. Zarina lebih banyak kongsikan video dan gambar kisah hidupnya..

Sebenarnya banyak perit getir yang dilalui Zarina dalam membesarkan dua anaknya yang tak pernah diceritakan pada umum.. Antaranya adalah bila suatu hari abang dengan adik kembar bergaduh teruk..

Muka abang berdarah-darah sebab abang memukul dan tumbuk muka sendiri.. Tengok keadaan abang tak terkawal adiknya segera ambil ubat dan paksa abangnya telah ubat itu.. Adik fikir bila abang makan ubat akan lebih releks..

Tapi, perbuatan adik paksa abangnya telan ubat dah buatkan abangnya makin marah dan memberontak.. Sebabkan dah tak tahu nak buat apa, Zarina ambil keputusan minta abang abang ubat dan Zarina makan satu ubat itu..

Tak sampai satu jam telah ubat penenang itu, badan Zarina terus lembik dan terbaring tak berdaya.. Satu badan Zarina rasa seperti lumpuh serta merta, dan kepala jadi pening serta mata tertutup rasa seperti gelap gelita..

Selepas kejadian itu Zarina dah kurangkan bagi ubat penenang pada abang bila dah alami sendiri bila makan ubat tu.. Hati seorang ibu, pasti rasa sangat sedih bila tengok anak perlu alami sakit seperti itu setiap hari.. Memang Miss A betul-betul bangga dengan Zarina sebab mengjaga dua orang anaknya itu tanpa perlu meraih simpati orang ramai.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top