0

Masa Lim Guan Eng dok buat kira-kira dengan menggunakan modal kedudukannya sebagai ketua menteri bagi kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng. Dia meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bukan tu je Setiausaha Agung DAP itu turut mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Dalam urusan tu, semua keuntungan menjadi milik Guan Eng dan langsung takde kena mengena dengan UMNO. Tapi bila perbuatannya itu kantoi dan dihidu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kenapa tiba-tiba semua tu nak salah UMNO pulak??

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata penahanan Guan Eng membuktikan sistem perundangan negara telus tanpa campur tangan pihak luar seperti didakwa pembangkang. Iyela, UMNO langsung takde kena mengena jadi kenapa nama UMNO pulak yang naik.

Penyokong DAP patut terima hakikat yang pemimpin kesayangan korang dah tipu korang... suka buat kerja terkutuk.  Segala siasatan terperinci oleh pihak berkuasa dan bukannya dibuat secara sewenang-wenangnya telah membuktikan Guan Eng terlibat rasuah.

"Ini bukan soal BN mahupun Umno, ini soal ketelusan dalam tadbir urus membabitkan ketua menteri berkenaan dengan sistem perundangan di negara ini.


"Jika BN campur tangan dalam sistem perundangan negara, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohammad Khir Toyo pastinya selamat daripada hukuman penjara sebelum ini," katanya.

Jangan percaya sangat dengan laungan kata-kata demokrasi pembangkang tu sebaliknya dorang hanya memperbodohkan rakyat. Menjadikan rakyat sebagai boneka mereka. Bila buat salah semuanya kata UMNO punya pasal.

"Bila sesuatu itu terkena pada mereka, maka BN-Umno menjadi mangsa tuduhan mereka. Mereka mengamalkan politik hipokrit yang melampau," katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top