0

Tak tahu pula yang Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlynn Waty miliki keluarga dari negara seberang? Bakal menyambut hari raya Aidilfitri tak lama lagi, pasangan ini maklumkan akan berada di Jember, Indonesia..

Kalau bukan keluarga pasangan ini berada di Indonesia, takkan pasangan ini nak beraya di sana? Haa, sebenarnya pasangan ini bukan ada keluarga berasal dari Indonesia.. Tapi pasangan ini bakal beraya di Jember, Indonesia sebab ikut ‘bibik’ atau pembantu rumah beraya di kampungnya..

Payah nak jumpa ‘bos’ yang baik macam ni, sampai boleh ikut nak balik beraya bersama pembantu rumah.. Memang betul-betul menjaga kebajikan pekerja sampai ‘bos’ ikut sekali beraya bersama keluarga pekerja..

Tahun ini adalah pertama kali pasangan ini akan beraya di rumah pembantu rumah.. Ozlyn dan Johan dah anggap ‘bibik’ seperti ahli keluarga sendiri.. Tahun lepas bibik dah menyambut hari raya dengan keluarga Ozlyn dan Johan..

So, tahun ini pasangan ini rasa macam tak adil kalau tak sama-sama menyambut raya dengan keluarga bibik di Indonesia.. Pasangan ini akan terbang ke Jember pada hari raya pertama selepas siang hari beraya bersama keluarga di KL..

Kalau pembantu rumah Johan dan Olzynn masih lagi tak reti nak hargai segala kebaikkan yang ‘bos’ dah lakukan, tak tahu la nak cakap.. Mana nak cari wei ‘bos’ nak beraya dengan keluarga pembantu rumah? MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top