0

Jakarta: Sejak kewujudannya di Semarang, Jawa Tengah, Kafe Jamban mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra daripada masyarakat setempat.

Bagaimanapun, bagi seorang tokoh agama yang diminta mengulas kafe yang diusahakan oleh seorang doktor yang juga aktivis kebersihan, Budi Laksono, 52, berkata, makanan yang disajikan boleh dimakan jika ia bersih dan halal.

“Tidak ada masalah untuk makan jika bersih dan halal,” kata Ketua Suruhanjaya Dakwah Majlis Ulama Indonesia Pusat, Choluil Nafis, semalam.

Bagaimanapun, makanan itu akan menjadi haram sekiranya tetamu yang datang itu berasa jijik.

“Kita tidak boleh memakan sesuatu yang kita rasa jijik,” katanya.

Budi mengusahakan kafe berkenaan sebagai satu cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan tandas di Indonesia. - Agensi

Post a Comment

 
Top