0

Sejak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lalu dan telah didakwa di Mahkamah, Andy perasaan parti 'adik' kepada DAP iaitu Parti Amanah Negara (PAN) tidak pula bersuara mengenai kes Guan Eng ni.

Hairan pula Andy... Selalunya jika parti 'abang long' diserang atau terdapat isu panas, PAN pasti selalu bersuara mempertahankan 'abang long'.... Tapi dalam kes tuduhan rasuah Guan Eng ini, PAN tidak lagi bersuara sehingga hari ini.

Mana pergi pemimpin-pemimpin PAN ni?? Mana pergi Presiden PAN Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu??? Mereka telah digari dan dikunci ke sehingga tak dengar langsung suara-suara langau mereka... Ni kes kawan baik Mat Sabu ni... Takkan Mat Sabu tak nak bersuara apa-apa??

Cer tengok kes-kes sebelum ini apabila DAP diserang oleh Pas.... PAN awal-awal lagi dah timbulkan diri menjadi tembok tahanan kepada DAP dengan membuat serang balas terhadap Pas.

Pastu cer tengok kes kenyataan Mufti Pahang berhubung 'kafir harbi'.... PAN punya laa duk sibuk mempertahan 'abang long' sampai mengesa mufti terbabit untuk minta maaf.... Bukan setakat suruh minta maaf jer, siap tuduh Pas sekali dalam isu ni... Apa kaitan Pas dalam isu 'kafir harbi' ni pun Andy tak tahu laa.

Timbul persoalan pula bila tiba-tiba PAN membisukan diri... Kenapa PAN bisukan diri mengenai isu ini?? Adakah 'abang long' dah memberi amaran awal-awal lagi supaya PAN tidak bersuara mengenai isu ini??

Andy dapat rasakan yang PAN tidak bersuara dalam kes ini disebabkan DAP telah mengeluarkan arahan.... Memang payahlah nak tengok PAN ni tak bersuara pertahankan 'abangnya'... Ada isu jer, mesti PAN muncul pertahankan abangnya.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top