0

Nyawa seorang wanita di China masih panjang bila sebuah playar yang terjatuh dari bangunan tinggi menusuk kepalanya sampai menembusi tengkorak.. Korang lihat gambar di atas tu, baik punya playar tu tembusi di kepalanya.. Ngerii betoiii!

Semasa kejadian, wanita malang yang dikenali sebagai Wang Youfang, 58 dikatakan bersama cucunya sedang keluar dari pagar apartmentnya yang terletak di Leshan, pada Jumaat lalu.. Tiba-tiba jer playar tu terjatuh dari tingkat 31 bangunan apartment tu..

Wang terpaksa menjalani pembedahan yang mengambil masa selama tiga jam bagi mengeluarkan playar yang tertusuk di kepalanya sedalam 15 sentimeter..

Polis telah menahan seorang suspek dan mengatakan ketika kejadian terdapat satu kerja pengubahsuaian bangunan yang menjadi punca kemalangan tu berlaku..

Akibat kemalangan tu jugak, Wang akan terdedah dengan risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan dalam masa dua minggu ni..

Sampai sekarang, Wang dikatakan masih belum menyedarkan dirinya.. Naya jer kann! Kecuaian orang lain, diri sendiri pulak terkena.. Huhuhu.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top