0

Takde angin takde ribut... Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan keluar dari parti. Padahal siasatan terhadapnya berhubung salah laku dan melanggar disiplin parti masih lagi belum selesai. Tapi Shafie ni beriya-iya sangat nak keluar parti apesal??

Nampak sangat keputusan yang dibuatnya terlalu terburu-buru dan hanya mengikut emosi dan perasaan. Perkara tersebut juga turut dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mana tidaknya, Shafie tu baru digantung setelah MT menerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO  mengambil tindakan menggantung keahlian Shafie sehingga siasatan selesai. Tujuan penggantungan bagi membolehkan Shafie insaf dan beri peluang untuk Ahli Parlimen Semporna itu kembali semula kepada parti. Tapi lain pulak yang jadi.

“Keputusan Shafie itu agak tergesa-gesa. Dia hanya digantung bukan dipecat. Dia patut bersabar kerana ada peluang untuk kembali kepada UMNO.

“Saya harap Shafie pertimbangkan semula keputusannya itu,” katanya.

Shafie yang baru pulang dari mengerjakan ibadah Umrah membuat keputusan itu di hadapan kira-kira 5,000 penyokong di kediamannya di Sabah tengah hari semalam. Haishhhh macam-macam perangai betul la pembelot parti ni... haaa elok sangat la keluar parti pun. Daripada hanya tahu merosakkan parti je.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top