0

Menurut Ketua Puteri UMNO di salah sebuah bahagian di Sabah, yang tidak mahu dikenali namanya telah meluahkan perasaannya terhadap tindakan yang diambil DS Shafie Apdal. Berikutan dengan tindakan keluar parti tersebut, dia menyatakan akan terus setia bersama UMNO dan tidak akan berpihak kepada Shafie.

Walaupun, Shafie sudah banyak berjasa tapi menurut katua puteri tersebut perjuangannya dalam UMNO bukan disebabkan Shafie, tapi dia tidak akan lupa segala budi baik yang telah Shafie taburkan di UMNO Sabah.

Mungkin, kenyataan ini adalah satu contoh tindakan yang betul kerana perjuangan parti menjadi keutamaan. Keputusan yang dilakukan bukan bertujuan melupakan pemimpin yang terdahulu, tapi bila dilihat memang tangunggajawab sebagai ahli UMNO untuk berbuat demikian.

Menurutnya lagi, keputusan Shafie itu amat mengecewakan kerana jangkaan ahli UMNO , Shafie akan tetap setia bersama dalam perjuangan UMNO selagi beliau belum dipecat. Tapi akhirnya keputusan keluar parti pula diumumkan.

“Saya akan sentiasa menyokongnya jika dia masih di dalam UMNO malah sejak dia digugurkan daripada kabinet, saya menangis ketika menyambutnya pulang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Tawau ", katanya

Mungkin juga, keputusan Ketua Puteri tu untuk terus memperjuangkan parti demi kepentingan bangsa dan agama. Sebab tu dia tidak mengambil keputusan seperti ahli UMNO yang lain, bukan tidak sayang dengan cara kepimpinan Shafie selama ni, cuma sayang kepada parti UMNO lebih mendalam.

Boleh jadi, seorang ahli yang macam ni perlu ada untuk terus setia berbakti kepada parti. Jika tidak bersama Shafie, ahli masih dapat mengenangkan jasa-jasanya sebelum ni. Mungkin, tidak perlu untuk mengikuti jejak langkahnya yang masih belum ada hala tuju yang pasti . -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top