0

‘Padan muka’!!!... itu ayat yang paling sesuai ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng. Menurut Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo... beliau sangat berpuas hati apabila DAP menerima balasan yang setimpal.

Khir Toyo sangat senang hati apabila Guan Eng mendapat balasan karma akibat daripada  isu rasuah berhubung pembelian rumahnya. Balasan tersebut adalah keadilan yang sewajarnya dihadapi oleh Guan Eng.

Sepatutnya Guan Eng tidak membandingkan kesnya dengan kes Khir Toyo yang dahulu... ini kerana kes yang dihadapi oleh Guan Eng lebih teruk malah melibatkan rasuah yang amat memalukan. Sangat berbeza dengan kes Khir Toyo... mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menyalahgunakan kedudukan sebagai penjawat awam bagi mendapatkan barangan berharga.

Kalau Guan Eng dia main rasuah terus... sejak penangkapan dan penahanan Khir Toyo ke dalam tirai besi. DAP menganggap dengan tertumpasnya Khir Toyo itu menjadi satu detik kemenangan besar bagi mereka.

“Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggapnya sebagai kemenangan besar mereka.

“Justeru, walaupun saya bersimpati dengan nasib Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, iaitu ‘padan muka’.

“Kes saya tidak sama dengan Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya menerusi posting dalam akaun rasmi Facebook miliknya.

Bermula 29 September 2015, Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman penjara selama 12 bulan terhadap Khir Toyo. Beliau dituduh menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta untuk dirinya dan isteri pada tahun 2007.

Bagi kes Guan Eng pula, dia didakwa atas dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Georgetown, namun begitu telah dibebaskan setelah diikat jamin dengan jaminan RM1 juta.

Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu, iaitu pembelian banglo di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran dan meluluskan permohonan pengezonan semula dua lot pertanian kepada perumahan di Daerah Barat Daya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top