0

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengucapkan ucapan tahniah kepada pasukan Peguam Negara, Datuk Seri Mohamad Apandi Ali kerana berjaya mengheret Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke muka pengadilan.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Peguam negara," kata Kit Siang.

Haih.... pelik semacam jer Kit Siang ni... Boleh pula ucap tahniah kat peguam sebab heret anaknya tu ke mahkamah.... Kit Siang memang tak suka kat Guan Eng ke apa...

Satu lagi, takkan ucap kat peguam jer?? Kat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kit Siang tak nak ucap tahniah ke?? SPRM pun terlibat dalam heret Guan Eng ke mahkamah ni.... Bukan peguam jer yang terlibat... Tak patut laa Kit Siang tak ucap tahniah sekali.

Kit Siang yang mengucapkan tahniah kepada peguam negara bagaimanapun menyelar dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadapa Guan Eng sebagai satu percubaan menganiayai orang yang tidak bersalah.

Aik... Macam mana Kit Siang boleh tahu Guan Eng tidak bersalah dalam dua tuduhan rasuah??? Kit Siang jadi hakim mahkamah mana yang sesuka hati jer letak keputusan Guan Eng tak bersalah?? Kit Siang tahu ke apa yang dibuat Guan Eng kat Pulau Pinang tu??

Memang laa depan Kit Siang Guan Eng nampak macam 'anak mak'.... Tapi belakang Kit Siang, dah macam pelesit dan belangkas haa... Laju jer buat kerja... Benda-benda macam ni memang lumrah dunia... Depan mak bapak baik jer, belakang.... Nauzubillah!!!

Macam ni laa Kit Siang... Guan Eng tak tahu lagi pun bersalah ke tidak.... Baru di dakwa jer pun... Yang nak menggelabah sangat tu dah kenapa... Kita tengok keputusan mahkamah nanti macam mana... Kalau betul Guan Eng tak bersalah, buktikan saja dalam mahkamah... Biar hakim yang tentukan... Bukan Kit Siang atau Pakatan Harapan yang tentukan.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top