0

Miss nak kongsikan sedikit info pasal cerita yang akan diceritakan ni.. Mengikut kepercayaan masyarakat cina, nombor lapan dikatakan membawa tuah atau 'ong' kepada dorang..

Tak menghairankan lah bila dorang sanggup berbelanja besar demi mendapatkan nombor cantik berkenaan untuk kenderaan masing-masing..

Tetapi, malang menimpa selepas seorang lelaki dari Shanghai China ni beli nombor plat 88888 tidak membawa tuah langsung pada dirinya..

Mana tidaknya, tak sampai sehari dia menggunakan nombor plat tu, dia dah ditahan sebanyak lapan kali oleh pihak polis..

Sampai lapan kali kena saman tu, Miss rasa lelaki yang dikenali Liu tu lebih baik tukar nombor plat lain lah.. Menyusahkan diri jer! Liu ditahan polis selepas pihak berkuasa mengesyaki nombor plat yang digunakannya tu palsu..

Bagaimanapun, Liu dilepaskan selepas pihak berkuasa mendapati nombor plat yang digunakannya tu adalah asli dan didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan di sana..

Lebih menarik tu, kat sana bukan Liu jer yang menggunakan nombor plat tu, malah terdapat beberapa individu dari wilayah lain pun dikatakan menggunakan angka yang sama bagi kenderaan masing-masing.. Kalau tak nak disaman lagi, baik tukar jer lah! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top