0

Macam ni la jadinya kalau rakyat negara luar pun dah terpengaruh dengan segala mak nenek hasutan... gara-gara DAP yang bawa pengaruh buruk sehingga ke Singapura. Seorang pelawak biadap ini, Fakkah Fuzz mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jenakanya.

Satu klip video yang menyaksikan pelawak Fakkah membandingkan antara istilah Melayu di Malaysia dan Singapura. Namun bila dia menyebut perkataan “thief” bagi Melayu Singapura maksudnya “pencuri”, tetapi bila di Malaysia, ia sama erti dengan “perdana menteri”.

Tindakan tidak professional menghina dan memburukkan perdana menteri yang jauh beza dan langsung takde kena mengena dengan pentadbiran di Singapura dianggap sebagai sangat keterlaluan dan kurang ajar.

Perbuatan tersebut juga turut tidak disenangi ramai pihak dan mengundang kemarahan Pemuda Umno Selangor. ketuanya Zainuri Zainal mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan terus Fakkah daripada memasuki negara. Elok sangat la tu... pemimpin dorang kita tak pernah pulak hina tapi dorang senang-senang je hina pemimpin kita.

“Sebagai seorang pelawak, terdapat pelbagai cara dan idea untuk menghiburkan audien,” katanya dalam satu kenyataan.

Fakkah adalah antara pelawak yang paling popular di Singapura dan bukan itu sahaja... dia pernah mengadakan persembahan di Hong Kong, Australia dan New York, semalam dia meminta maaf sekiranya jenaka itu mengguris hati.

“Saya hanya mahu menghibur. Saya ucapkan Selamat Hari Raya,” kata beliau sambil memuat naik klip video memaparkan baju-T “Relax lah, it’s just Singapore”.

Elehhhh dah kena kecam teruk baru terhegeh-hegeh nak minta maaf bagai... tak tahu nak hormat sensitiviti negara lain! Baik tak payah ladi pelawak kalau setakat buat lawak sampah macam tu. Permintaan maaf Fakkah tu tak cukup untuk menyembuhkan luka rakyat Malaysia.

“kesannya sangat mendalam terhadap hati dan perasaan rakyat Malaysia,

“Nasihat kami kepada Fakkah, jangan masuk campur urusan Malaysia, cermin dahulu wajah sendiri. Bak kata pepatah jangan jadi seperti ayam yang lantang berkokok tetapi ekor terpalit najis.” kata Zainuri. - TiraGomez/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top