0

Mantan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ni tak habis-habis nak buat fitnah... salah orang lain tapi orang lain pulak yang kena conteng arang. Ehhhhh kalau diri tu tak tahu apa-apa lebih baik duduk dia-diam jela!

Susulan penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berdepan dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman serta pembelian sebidang tanah dan banglo di bawah harga pasaran.

Mahathir tiba-tiba nak salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ehhhhh kenapa pulak salah Najib?? Tak pasal-pasal nama Najib pulak naik... memang apa yang Guan Eng buat selama ni salah Najib ke??

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, posting dalam blog Mahathir itu menunjukkan Mahathir menuduh Guan Eng sengaja ditangkap kerana mengkritik perdana menteri. Padahal penahanan Guan Eng disebabkan salah lakunya sendiri.

"Mahathir menyatakan bahawa orang ditangkap atau dipecat dari parti kerana menghina orang lain atau untuk menggelar orang lain dengan bermacam gelaran yang teruk.

"Tentu Mahathir tidak serius dengan mencadangkan sebagai contoh, jika seseorang berkata umat Islam mengikuti agama syaitan (seperti apa yang mereka katakan di sesetengah negara) itu bukan jenayah dan tiada tindakan harus diambil," kata Salleh menerusi posting dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my, semalam.

Bukan tu je... dalamposting Mahathir tu dia turut memfitnah kerajaan dan para pemimpin negara. Gomez rasa Mahathir ni mesti tak tahu beza mana satu mengkritik mana satu menghina. Tak kan panggil orang gelaran ‘anjing’ itu dinamakan mengkritik kot haha!

"Menggelar seseorang anjing atau babi tidak boleh diklasifikasikan sebagai mengkritik. Kita juga mempunyai undang-undang berhubung libel dan fitnah yang mentakrifkan sebagai jenayah untuk mendakwa sesuatu terhadap seseorang dengan dakwaan yang tidak benar," katanya.

Makin hari makin nyanyuk Mahathir ni... Kalau kita layan dia silap hari bulan sekali kita nyanyuk! Jenis tak faham bahasa ni susah jugak... bodoh sombong pulak tu. Kalau tak tahu apa-apa tak payah la masuk campur.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top