0

Tersebar satu rakaman video yang dimuat naik di LiveLeak telah menarik perhatian ramai, dalam rakaman tu menunjukkan seorang lelaki di Mesir kehilangan kewarasannya dikatakan cuba memenggal kepala isterinya di kawasan terbuka tanpa pedulikan orang sekeliling..

Ini apa yang dimarahkan sangat kepada isterinya yer sampai meroyan macam tu sekali?? Si isteri tu bernasib baik lah terselamat dari maut kerana lelaki tu berjaya dihalang orang ramai daripada memenggalnya hidup-hidup.. Kalau berlaku di China, agaknya ada datang membantu tak??

Masyarakat kat sana kan lebih suka memerhati dan merakam daripada membantu, betul tak?? Berdasarkan sumber kejadian ni dirakam di Mesir, pada awalnya tu lelaki terbabit dilihat menghempap isteri dia di atas jalan raya dan kemudiannya cuba mengelar leher wanita tu..

Nasib baik lah, sekumpulan lelaki termasuk jiran dorang bertindak pantas dan menghalangnya daripada bertindak kejam ke atas isterinya.. Seorang daripada dorang dikatakan menghampiri lelaki terbabit dari belakang dan menendang tengkuknya sebelum seorang lagi melontar bata ke arah kepalanya..

Masa tu lah wanita berkenaan mengambil kesempatan untuk menyelamatkan diri dari jadi mangsa suami kejam.. Tempat dia terbaring sebelum tu pun dilihat mempunyai kesan darah.. Entah apa punya masalah lah sampai sanggup bertindak macam orang hilang akal macam tu?? Haishhh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top