0


Apa perasaan dan reaksi korang bila ada individu tak dikenali tiba-tiba tendang korang dari belakang, lepas tu blah macam tak ada apa yang berlaku?? Korang rasa individu tu ada masalah mental ke?? Ataupun itu sebagai ‘hiburan’ buat dia untuk melihat mangsa terseksa akibat perbuatannya??

Itulah yang berlaku kepada seorang pejalan kaki wanita, baru-baru ni di area Sogo.. Miss difahamkan ada seorang lelaki ‘gila’ yang suka tendang dan pukul perempuan dari belakang sehingga mendatangkan kecederaan.. Korang lihat gambar di atas tu, itulah jantan tak guna tu!

Buktinya tu bila tersebar satu rakaman video telah menarik perhatian ramai di laman sosial Facebook, dalam rakaman video tu menunjukkan seorang lelaki datang dari belakang dan secara tiba-tiba menendang belakang seorang pejalan kaki wanita hingga tersungkur kat atas lantai..

Video tu diambil di laluan pejalan kaki Stesen Bandaraya (Sogo) ke KTM Bank Negara.. Akibat perbuatan jantan tak guna tu, mangsa terima lima jahitan di pipi yang terkoyak..

Agaknya jantan tak guna tu ada masalah mental yer?? Yela, tak ada angin dan ribut, tiba-tiba jer datang belakang dan tendang mangsa sampai tersungkur!

Miss menonton video tu pun, rasa geram dan kesian kat gadis tu.. Habis terselak kain dan terpinga-pinga dia diperlakukan biadap macam tu.. Kalau Miss terkena macam tu pun, terpinga-pinga jugak lah dan tertanya-tanya kenapa jantan tu buat macam tu.. Betul tak??

So, Miss nasihatkan kepada wanita kat luar sana yang jalan sorang-sorang di area Sogo dan kawasan yang berhampiran dengannya, sila berhati-hati lah yer.. Takut terserempak dengan jantan tak guna tu jer.. Pihak berwajib pun dah dimaklumkan.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top