0

Apa perasaan korang bila disisih masyarakat dan ahli keluarga sendiri hanya gara-gara dilahirkan dalam keadaan yang berbeza daripada lain?? Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di India terpaksa melalui pelbagai cabaran dalam kehidupannya kerana tangannya..

Korang lihat gambar di atas tu, disebabkan tangan tu lah lelaki yang bernama Bablu Pashi, 25 disisih masyarakat dan lebih menyedihkan bila ahli keluarganya turut buat benda yang sama.. Bablu dikatakan mengalami sejenis penyakit yang menyebabkan lengan kanannya menjadi semakin besar sampai beratnya mencecah 20kg..

Oleh sebab tu lah, Bablu dipanggil oleh jiran tetangganya sebagai ‘anak setan’ hingga menyebabkan keluarganya pun merasakan terhina dengan penyakit dialami dan terus bertindak memutuskan hubungan dengannya.. Kasihan betoiii!

Sejak tu, dia terpaksa keluar dari kampung halamannya pergi ke bandar Bombay untuk mencari rezeki dan memulakan kehidupan yang baru, tetapi nasibnya dia sana tetap tak ada perubahan dan mengalami penghinaan yang sama jugak..

Bablu fikir kalau dia pindah ke bandar boleh lah dia menyembunyi di kelompok masyarakat tempat dan mulakan kehidupan baru.. Tapi itulah, mentality masyarakat kebanyakkannya sama jer.. Ini kerana masyarakat umum semua takut dengan lengannya yang luar biasa besar tu..

Penyakit yang dialami Bablu sebenarnya boleh dirawati dengan sempurna kalau mendapatkan rawatan awal, tapi doktor telah memaklumkan tangannya tak mungkin dapat menjadi normal semula sebab keadaan penyakitnya sudah berada di peringkat akhir..

Kalau korang nak tahu penyakit yang dialami Bablu adalah penyakit gergasi atau jugak dipanggil penyakit tumbesaran bahagian tubuh badan disebabkan penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan di dalam badan seseorang tu.. Penyakit tu mengakibatkan sesetengah bahagian badan menjadi besar terlampau..

Lazimnya pada jari tangan dan jari kaki jer.. Tapi apa yang berlaku ke atas Bablu adalah keseluruhan tangannya mengalami tumbesaran yang melampau.. Apa-apa pun, ni semua dugaannya untuk menjadi orang yang lebih sabar.. Betul tak?? Sabar jer lah.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top